Monday 24 December 2012

12 Amalan Buka Pintu Rezeki


1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan                        daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah Al-Waqiah
7. Selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari


Itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki.selamat beramal.


PS:- IBU SAYA SELALU MENGIGATKAN SAYA TENTANG SALAH SATU AMALAN DIATAS UNTUK MURAHKAN REZEKI.ALHAMDULILAH REZEKI SAYA TAK PUTUS-PUTUS

Friday 21 December 2012

Segumpal Darah Bernama Hati











Hati yang sedar 

Firman Allah maksudya : "sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu,tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar),atau menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menupukan hati dan fikiran kepadanya."  (Surah Qaf  50:37)

Hati yang bersih

Firmah Allah,maksudnya : "sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan."(Surah Al-syams 91: 9)

Hati yang lurus 

Firman Allah maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata):
"wahai tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,kurniakanlah kepada kami, limpah rahmat daripada sisimu;sesungguhnya engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali ' imran 3:8)

Hati yang terhijab (tertutup)

Firman Allah, maksudnya : "Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (Al-Quran), padahal kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak)." 
(Surah al-An'am 6: 25)

Ya Allah kurniakanlah kepadaku hati seperti ini.....






Monday 10 December 2012

20 Hari Lagi



ermm terasa nak menulis hari ini.tinggal 20 hari lagi tahun 2012 hampir meninggalkan kita.Pejam celik masa berlalu begitu pantas banyak pengalaman baru sudah aku tempuhi dan pelajari.Kenalan-kenalan yg aku temui banyak mengajar untuk membaiki diriku yang serba kekurangan.
Januari hingga December 2012 banyak kejadian yang belaku pada diri aku.Macam-macam masalah timbul dan perkara-perkara menarik yang aku rasa diri ini cukup bertuah berjumpa orang-orang yang banyak mengajar ilmu-ilmu baru.Terima kasih semua yg mencurahkan ilmu-ilmu kalian.Berbaki 20 hari lagi berharap 2012 yang akan melabuhkan tirainya berakhir dengan jayanya.objektif 2013 perlu tercapai..insyallah